Sejarah Kapal terbang kertas

Bahan kertas telah digunakan untuk membuat barang mainan sejak 2000 tahun dahulu di negeri China. Pada masa itu, layang-layang telah menjadi permainan yang popular di sana. Walaupun demikian, adalah tidak pasti bahawa siapakah yang betul-betul mencipta benda ini. Adapun reka bentuk kapal terbang kertas ini semakin maju, tahun demi tahun.

Kapal terbang kertas mungkin telah dicipta pada tahun 1909. Tetapi, kebanyakan orang akan menerima pendapat bahawa Jack Northrop telah mencipta kapal terbang kertas pada tahun 1930. Dalam hal itu, beliau telah menggunakan kapal terbang kertas untuk mengkaji selok-belok bagi pembinaan kapal terbang sebenar.